|
| |
Mat Kilau
Nama penuh beliau
adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu
beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau.
Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di
Kampung Masjid, Pulau Tawar. Mat Kilau pandai
mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar
berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’.
Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga
buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di
kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau
berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang
Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil
perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga
orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau
belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat
Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana
sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami
silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan
parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada
ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan
secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman
yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia
berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang. |
|
|
| |
Sejarah perjuangan
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin
dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau
seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada
bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan,
Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan
berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford
mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul
dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan
beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan
mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat
Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru
itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh
pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu
ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang
Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib),
Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup
sehidup semati dengan Mat Kilau.
Buruan
British
Khabar
yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam
akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.
The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua
Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan
pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. The Free
Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah
melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia
telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu
sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan
ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak
darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau
oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895,
maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat
Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada
diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti
Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok
Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan
beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop
sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah
Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu
tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di
Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat
Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa
kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Keluar
dari persembunyian
Dalam
bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati
Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri
K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk
mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka
Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di
kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat
Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu
Kampung Masjid,Pulau Tawar. Pada hari Jumaat 26
Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di
Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas
sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan
kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai
sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah
jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu
dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah
ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu
adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul
10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam
diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar
Pahang. Setelah empat hari selepas pengumuman
pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau
meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu
dipercayai berusia 122 tahun.
|
|