Dato' Maharaja
Lela Pandak Lam adalah salah seorang
pembesar
delapan Perak. Pandak Lam adalah keturunan
Daeng Salili, anak Raja Bugis yang berasal
dari Daerah Luwuk, Sulawesi. Daeng Salili
dating ke Perak ketika pemerintahan Sultan
Muzaffar Shah III. Beliau dilantik sebgaai
mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato�
Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh
memancung tanpa bertanya. Beliau terlibat
dalam perjuangan menentang British di Perak
dan merupakan pemimpin yang mengetuai
perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama
dengan pemimpin lain seperti Orang Kaya-kaya
Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai
Dato� Sagor) dan Ngah Kandin telah merancang
dan membuat pakatan menentang penglibatan
British di Perak dengan membunug Residen
British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W.
Birch).
Dalam
perjuangan ini beliau mendapat restu
daripada Sultan Abdullah dan Sultan
Ismail serta mendapat sokongan daripada
penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung
Gajah. Penglibatan Dato’ Maharaja Lela
sebagai tokoh utama dalam pembunuhan
J.W.W Birch adalah melaksanakan
keputusan mesyuarat Durian Sebatang pada
21 Julai 1875 yang dipengerusikan oleh
Sultan Abdullah dan dihadiri oleh
pembesar atau wakilnya. Namun,
perjuangan beliau didapati bersalah oleh
mahkamah yang bersidang dari 14-22
Disember 1876. Beliau telah dijatuhi
hukuman gantung sampai mati pada 20
Januari 1877. Disini dapat disimpulkan
bahawa Dato’ Maharaja Lela adalah
pejuang bangsa yang bertanggungjawab
kepada sumpah dan janjinya tetapi
dikecewakan oleh raja dan bangsanya
sendiri.
|