UtamaRencana MerdekaPejuang MerdekaGaleriPersepsi MerdekaUji MindaHubungi Kami

>>Karya Merdeka>>Puisi
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Malaysiaku Terbilang

Kalimah "merdeka" buat negara
Bergema meneriak merdeka
Mengegar perasaan warga
Wajah-wajah gembira pelbagai rupa
Sekata seiya melaung perkataan waja

50 tahun kata merdeka dijulang
Bertekad mengatur cogan cemerlang
Bersumpah senada menjulang gemilang
Mengekal jihad menjamin gemilang
Memastikan Malaysia gagah terbilang

Seluruh benua berhikayat mengata
Malaysiaku berubah wajah ternyata
Atap lama diganti geting yang waja
Teguh membangun mendabik dada
Di persada gemilang menyelusur dunia

50 tahun berlalu menonggak matang
Setengah abad tenaga penuh dijulang
Segenap ilmu dan usaha dikembangkan
Memastikan jihad mara terus ke depan
Generasi silih berganti saling mendatang
Pemimpin bergilir mengambil peranan
Namun wibawa tetap mencabar wawasan
Menahkodakan arah Malaysiaku terbilang


Oleh: Zahrah M.

 

 
 
                                                   
        

Sebarang pertanyaan mengenai website ini boleh di e-mail kepada Webmaster
Hak Cipta Terpelihara.© 2007 Bahagian Teknologi Maklumat PPIPS
Paparan terbaik dengan resolusi 1024x768 dengan menggunakan pelayar Internet Explorer
.

]

 
Free Web Hosting